Isu Bahasa Malaysia Rais - LGE : Rais dah Fikir Panjang Ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Bahasa Malaysia Rais - LGE : Rais dah Fikir Panjang Ke ?

Wednesday, October 5, 20114comments

Muka hadapan Utusan hari ni menyaksikan Datuk Rais Yatim cuba membuka satu medan pertempuran baru dengan Lim Guan Eng dengan menjadikan isu Bahasa Malaysia sebagai subjek. KLIK


Rais merujuk kepada majlis ulang tahun Kolej Han Chiang di Pulau Pinang pada 29 September lalu yang beliau hadiri bagi mewakili Perdana Menteri yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin.

"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," 

Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan."

Lim Guan Eng menulis dalam blognya mencabar Rais buktikan dakwaannya dan menamakan majlis rasmi kerajaan negeri itu dan menuduh Rais kaki kelentong macam Utusan. Jika tidak mampu buktikan, menteri tersebut perlu menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan juga mengemukakan permohonan maaf.

Guan Eng mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang dikendalikan oleh pihak swasta dan majlis dihadiri Rais itu pula adalah anjuran kolej berkenaan, bukannya kerajaan negeri.



Saya tak nak pertikaikan insiden itu atau beri komen tentang Bahasa Malaysia sebagai bahasa resmi tapi saya mahu komen sedikit je tentang tindakan Rais ini yang bagi saya :


- amat wajar selaku seorang pemimpin negara Malaysia


- amat tidak wajar selaku pemimpin dibawah PM Najib


Korang faham kan maksud saya hehehehehe ...... Teruk Najib nanti kalau Rais mahu teruskan perbalahan dengan LGE atas isu ini. Rais dah fikir panjang dulu atau tidak sebelum melenting dengan peluru yang dijumpainya diPenang ....... takut peluru jenis smart weapon yang boleh patah balik.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2011 at 4:10 PM

bro deng,

jgn terkejut kalau ajib dah pandai bertutur bahasa bangkai ni...

kalau rais yatim kena smash mmg aku akan kata punca dari ajib...

pejuang hamas...

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2011 at 8:40 PM

din,
macam Rais dah salah masuk majlis je...melainkan kolej tu milik kerajaan Pulau Pinang...

~ OnDaStreet

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2011 at 8:48 PM

salam pejuang hamas - saya sengaja tak mahu cakap banyak, saya tunjuk je lubuk yang banyak ikan, atas orang lah yang nak makan ikan ut pergi pancing :)

salam ODS - Point yang Rais timbulkan itu yang ........ bakal makan diri.... kalau pembangkang pandailah. :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2011 at 8:42 AM

macam mana cina tak cakap mandarin dan bahasa inggeris,tengok dan dengar pemimpin besar kita juga pandai berbahasa inggeris. Macam pemimpin di India yang suka berbahasa inggeris. standarad mesti jaga. Lu apa mau peduli kita ada unuiversiti cina, tokong cina, akhbar cina, bahasa cina lu mesti mau belajar maa...ini bahasa akan jadi bahasa no 1 dunia. itu fasal sekarang sekolah cina kerajaan cukup jaga punya.

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................